Samsung Galaxy Note 10 Mula Menerima Kemaskini Android 10 Di Malaysia

https://ift.tt/2EU2St6

Berita baik bagi pemilik Samsung Galaxy Note 10 di Malaysia kerana kemas kini Android 10 sudah diberikan sejak beberapa hari yang lalu, Kemas kini sebesar 1921 MB boleh dimuat turun secara OTA. Selain Android 10, kemas kini juga membawakan antaramuka baharu One UI 2.0 dan tampalan sekuriti untuk bulan Disember,

Penambahbaikan lain yang diterima ialah ikon dengan warna baharu, animasi yang lebih lancar, sokongan kawalan gesture terkini, interaksi lebih mudah dengan sebelah tangan, Android Auto terbina, sandaran Gallery ke OneDrive dan banyak lagi. Tahun ini Samsung mampu memberikan kemas kini versi Android yang lebih pantas berbanding tahun lalu. Kepada pemilik Note 10 yang masih menggunakan Android 9 Pie, sila kemas kini peranti anda hari ini.

Previous
Next Post »