Ura-Ura Apple Akan Melancarkan Mac Khusus Untuk Permainan Video

https://ift.tt/37cRBQK

Sistem operasi Mac tidak terkenal sebagai platform permainan video. Tidak seperti PC, tidak banyak permainan terkini ditawarkan sehingga memaksa pengguna memasang Boot Camp untuk menikmati sistem operasi Windows. Tetapi menurut laporan laman Patently Apple, Apple kini sedang membangunkan sebuah Mac khusus untuk permainan video berprestasi tinggi.

Mac ini cuba memasuki pasaran esukan yang sedang hangat pada waktu ini selari dengan esukan kini telahpun diiktiraf sehingga dipertandingkan di Sukan SEA dan bakal ke Olimpik 2024. Terdapat spekulasi ia mungkin hadir dalam bentuk AIO seperti iMac atau sebuah komputer riba berskrin besar. Tahun ini Apple Arcade telah dilancarkan sebagai platform permua pada peranti iOS, iPadOS dan tvOS. Adalah munasabah macOS juga menjadi platform permainan video pula kerana ia kini menjadi trend global.

Harga jualan adalah sekitar NT$152,100 (~RM21,000) sebuah. Ini adalah ura-ura yang amat menarik kerana Apple tidak terkenal di dalam arena permainan video. Tetapi sekiranya ura-ura menjadi kenyataan, adakah anda tertarik untuk berpindah ke platform Mac?

Previous
Next Post »