Qualcomm bakal memperkenalkan cip pemproses Snapdragon 865 pada 3 Disember ini

Sebelum ini kita sudah dengar syarikat pengeluar peranti kelas premium iaitu 8848 Titanium telah mengumumkan model terbaru mereka yang akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan menjadi yang pertama mengumumkannya buat model 8845 Titanium M6.

Kini menerusi laporan, Qualcomm telahpun meletakkan tarikh pelancaran Snapdragon tahunan pada 3 hingga 5 Disember tahun ini. Dalam pelancaran ini, Qualcomm dikhabarkan akan melancarkan cip pemproses kelas atasan terbaru mereka iaitu Snapdragon 865 yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 855+.

Selain pada itu, Qualcomm juga mungkin akan memperkenalkan cip pemproses kelas pertengahan yang akan menyokong rangkaian 5G yang mungkin akan hadir pada pernti pada pertengahan tahun 2020.

The post Qualcomm bakal memperkenalkan cip pemproses Snapdragon 865 pada 3 Disember ini appeared first on TheSkop.



from TheSkop https://ift.tt/36PhW8j
via IFTTT
Previous
Next Post »