Intel Akan Memperlihatkan Sistem Penyejukan Baru Untuk Komputer Riba Project Athena Di CES 2020

https://ift.tt/eA8V8J

Acara CES 2020 yang akan berlangsung di Las Vegas minggu depan akan memperlihatkan banyak pengumuman baru mengenai arena perkomputeran, dan diantaranya ialah maklumat lanjut mengenai komputer-komputer riba baru yang dikuasakan oleh CPU Intel yang dinamakan Project Athena.

Project Athena boleh dikatakan peranti Ultrabook generasi terbaru yang bukan sahaja hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan, tetapi juga mempunyai spesifikasi yang cukup berkuasa untuk menggerakkan pelbagai tugasan harian.

Intel dilaporkan akan menggunakan teknologi kebuk wap (vapor chamber) untuk menggantikan sistem penyejukan yang biasanya digunakan untuk komputer-komputer riba nipis.

Sistem penyejukan baru ini akan menggabungkan sistem kebuk wap dan juga lembaran graphite untuk mengalirkan haba daripada komponen-komponen dalaman dengan lebih cekap berbanding dengan sebelum ini.

Sistem penyejukan ini juga dikatakan akan menghasilkan rekaan-rekaan komputer yang baru, khususnya dari segi rekaan engsel untuk memuatkan sambungan kebuk wap dari komponen ke lembaran graphite yang akan dimuatkan dibelakang bahagian paparan.

Previous
Next Post »