Realme 5i Melepasi SIRIM Malaysia, Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

https://ift.tt/37q6MGt

Tahun ini Realme telah memperkenalkan beberapa peranti dalam keluarga Realme 5. Jujur kami katakan yang ia kadangkala agak mengelirukan, kerana ada banyak peranti dalam keluarga ini. Di Malaysia sahaja sudah ada Realme 5, Realme 5 Pro dan Realme 5s.

Terkini di SIRIM terdapat nombor model peranti Realme RMX2030 telah pun disahkan. Selepas menyemak di laman web, RMX2030 adalah peranti Realme 5i, yang mana adalah peranti yang belum lagi wujud. Malah segala informasi mengenai peranti ini adalah informasi yang tertiris sahaja. Jika kita semak lebih dalam di arena web, spesifikasi Realme 5i sudah pun tertiris. Daripada apa yang saya faham, Realme 5i berkemungkinan besar adalah variasi yang lebih murah dari Realme 5.

Ia dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 665, memori serendah 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan menggunakan skrin HD+ sahaja. Apa yang menarik, peranti ini dilaporkan akan menggunakan sistem kuad-kamera. Menurut beberapa sumber, Realme 5i akan dilancarkan pada 6 Januari 2020 dan akan dijual pada harga sekitar RM759. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Previous
Next Post »