Pengguna Kelak Boleh Mematikan Iklan Dalam ColorOS Pada Peranti Realme

https://ift.tt/36clWPh

Adakah anda sedar atau tidak yang pada peranti yang menjalankan ColorOS seperti Realme atau Oppo turut ada iklan. Ya, paparan iklan dalam peranti bukan terhad pada peranti Xiaomi sahaja. Peranti-peranti ColorOs juga ada iklan yang banyak. Malah lebih teruk, kerana hidupkan sahaja peranti terus pelbagai notifikasi terpapar dan iklan mengenai memuat turun aplikasi-aplikasi yang dicadangkan.

Kelak pada tahun 2020, semua peranti ColorOS dari Realme akan ada pilihan untuk mematikan iklan. Iklan ini akan dipaparkan dalam aplikasi Phone Manager dan pada bahagian Security Check. Ini adalah satu perkara yang baik kerana memberi kebebasan lebih kepada pengguna. Untuk mematikan iklan ini pengguna hanya perlu pergi ke tetapan, Additional Settings, Get Recommendations, matikan “Receive app and content recommendations in system apps such as Download Management”. Menurut Realme, mereka letak iklan ini kerana ingin memberi pengalaman penggunaan yang baik dengan mempromosikan aplikasi atau pautan yang sesuai dengan pengguna, apa-apa pun iklan ini kini adalah pilihan pengguna sama ada ingin dipaparkan atau pun tidak.

Previous
Next Post »