Mingguan Amanz – Oppo Reno3 Pro, eTunai Rakyat, Huawei P40

https://ift.tt/eA8V8J

Oppo pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo Reno3 Pro dan juga Oppo Reno3. Selain Oppo, pihak Vivo turut telah mengumumkan penawaran Vivo Y15 2020 untuk pasaran Malaysia.

Realme turut tidak ketinggalan, dan telah mengacah kehadiran Realme X50, selain turut diperkatakan bakal hadir dengan gelang tangan pintar tersendiri. Samsung pula kini telah mengacah kehadiran tablet dengan sokongan rangkaian 5G tidak lama lagi.

Dalam arena aplikasi, pihak Microsoft kini telah hadir dengan aplikasi Microsoft Math. Selain itu, Grab kini telah mula memperluaskan perkhidmatan GrabFood ke kawasan-kawasan baru sekitar Malaysia.

Kerajaan pada minggu ini turut telah mengumumkan penawaran eTunai Rakyat yang akan memberikan insentif sebanyak RM30 untuk rakyat Malaysia melalui beberapa dompet digital terpilih bermula pertengahan Januari ini.

Previous
Next Post »