Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan pengguna menyelesaikan masalah matematik. Terbaru, salah satu aplikasi yang ditawarkan secara percuma adalah daripada Microsoft, iaitu Microsoft Math.
Melalui aplikasi Microsoft Math yang ditawarkan untuk Android dan iOS, ia membolehkan pengguna mengimbas masalah matematik, dan ia akan memaparkan penyelesaian terus melalui aplikasi berkenaan. Langkah kira juga akan dipaparkan terus pada aplikasi berkenaan.
Berbeza dengan beberapa aplikasi pesaing, Microsoft Math turut membolehkan pengguna melakukan input masalah matematik menggunakan kalkulator terbina atau melakarnya terus pada skrin.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Math ini untuk Android dan iOS hari ini.
Muat-Turun Microsoft Math untuk Android
Muat-Turun Microsoft Math untuk iOS