Escobar Fold 1 Ialah Telefon Skrin Boleh Lipat Yang Bertemakan Raja Kokain Colombia

https://ift.tt/2EN22yj

Pablo Escobar ialah raja kokain dunia yang berasal dari Colombia. Semasa ditembak mati oleh pihak berkuasa, beliau dianggarkan mempunyai harta bernilai $50 bilion yang kesemuanya dijana menerusi jualan dadah berbahaya. Walaupun beliau sudah 26 tahun meninggal dunia, legasi beliau kini diteruskan menerusi penjualan Escobar Fold 1, telefon pintar dengan skrin boleh-lipat.

Escobar Fold 1 dilengkapi skrin boleh lipat 7.8″ AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 512GB, kamera utama 16+20 Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Skrin melipat keluar seperti Mate X dan Flex Pai. Peranti masih menggunakan Android 9 Pie dan sekadar menyokong pengecasan 10W.

Kemasan berwarna emas digunakan pada panel Fold 1 bagi memberikan imej mewah mendiang Pablo. Semasa hidup Pablo mempunyai tandas dan pistol yang disadur emas. Walaupun dikeluarkan oleh syarikat Escoba Inc, dapat dilihat dengan jelas ia hanya sekadar sebuah Royole Flexpai yang dijenamakan semula. Jika anda berminat Escoba Fold 1 dijual pada harga $349 (~RM1444) sebuah.

 

 

Previous
Next Post »