Oppo Memperkenalkan Oppo Reno3 Dan Oppo Reno3 Pro

https://ift.tt/2rxe2B8

Oppo hari ini membuat kejutan dan memperkenalkan telefon pintar terakhir mereka untuk tahun 2019, iaitu Oppo Reno3 dan juga Oppo Reno3 Pro. Kedua-duanya hadir dengan pelbagai penawaran menarik, termasuk sokongan rangkaian 5G.

Oppo Reno3 versi asas hadir dengan dijana cip MediaTek Dimensity 1000L, sementara Oppo Reno 3 Pro pula hadir dengan cip Snapdragon 765G.

Oppo Reno3 Pro

Oppo Reno3 hadir menggunakan skrin 6.4-inci, dijana memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sokongan bateri 4025mAh dengan pengecasan 30W VOOC 4.0, dan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (mono). Oppo Reno3 turut menyertakan kamera hadapan 32-megapixel.

Oppo Reno3 Pro

Oppo Reno3 Pro pula merupakan peranti lebih berkuasa, dilengkapi skrin 6.5-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB, dan dilengkapi bateri sehingga 4020mAh. Ia turut menyertakan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0, selain dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 48MP + 8MP (ultra lebar) + 13MP (telefoto) + 2MP (mono). Kamera ini menawarkan sokongan rakaman sehingga 5x zum optikal. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 32-megapixel. Kedua-dua peranti ini turut dilengkapi Android 10 dengan antaramukanya tersendiri.

Buat masa ini, Oppo hanya mengumumkannya untuk pasaran di China sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat ia diperluaskan ke pasaran global tidak lama lagi.

Previous
Next Post »