Twitter Kini Memaparkan Saranan Maklumat Sebenar Apabila Carian Vaksin Dan Kesihatan Mental Dilakukan

https://ift.tt/2ZHBR5J

Negara dikejutkan oleh insiden kemunculan semula penyakit Polio selepas telah disahkan pupus hanya dua bulan sebelum itu. Ini adalah kerana terdapat penduduk yang tidak mengambil vaksin di kawasan pedalaman. Sejak seminggu lalu Twitter mula memaparkan notifikasi yang menyarankan pengguna mencari maklumat sebenar apabila carian mengenai vaksinasi dan kesihatan mental dilakukan.

Jika carian menggunakan kata kunci vaksin, vax Malaysia, vaccine atau anti vaksin dilakukan, saranan untuk mencari maklumat sahih menerusi portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia akan dipaparkan. Jika cari mental health, kesihatan mental atau suicide pula dilakukan, Twitter akan memberikan saranan menghubungi pihak BefriendersKL lengkap dengan nombor telefon.

Kedua-dua ciri ini diumumkan oleh Twitter pada bulan Mei lalu untuk beberapa negara tertentu. Ia nampaknya baru diaktifkan di Malaysia bagi mereka yang memerlukan bantuan serta maklumat yang tepat. Di dalam dunia penuh dengan maklumat tidak sahih, ciri ini seharusnya perlu diberikan pada kesemua platform media sosial.

Terima kasih @profpoyo untuk tips ini.

Previous
Next Post »