Gambar Pengolokkan iPad Pro 2020 Dengan Tri-Kamera Belakang Diperlihatkan

https://ift.tt/354Y1Qn

Desas-desus berkenaan iPad Pro baru yang bakal hadir pada tahun 2020 kelak telah kedengaran sejak beberapa bulan sebelum ini, termasuk mengatakan ia bakal menyertakan rekaan tri-kamera belakang seumpama pada iPhone baru tahun ini.

iPad Pro 2020


Kini, selari dengannya, pihak @onleaks berkongsi beberapa gambar pengolokkan iPad Pro 2020 yang baru, memperlihatkan penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang.

Ini sekaligus akan menjadikan ia sebagai iPad dengan sokongan rakaman gambar terbaik setakat ini. Selain daripada itu, tablet ini juga dijangka menyertakan sokongan cip pemprosesan A13X terbaru yang berkuasa untuk produktiviti dan juga multimedia.

iPad Pro 2020

Dua variasi iPad Pro 2020 dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan, iaitu dengan skrin bersaiz 11-inci dan juga 12.9-inci.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan melancarkan iPad Pro 2020 ini.

Previous
Next Post »