YouTube Mengaktifkan Sistem Menyunting Video Yang Melanggar Hak Cipta Secara Automatik

https://ift.tt/2ZqlEC1

Julai lalu YouTube mengumumkan akan mengemaskini sistem menuntut hak cipta video bagi menjadikan proses lebih telus dan mudah difahami pengguna. Hari ini mereka akhirnya mengumumkan sistem menyunting bahagian video yang melanggar hak cipta secara automatik kini boleh digunakan.Apabila pemilik hak cipta menuntut bahagian video yang dimuat naik, notifikasi yang lebih jelas akan diberikan pada skrin YouTube Studio Dashboard. Dengan ini jumlah video yang dituntut lengkap dengan maklumat penuntut serta mengapa ia dituntut akan dapat dilihat. Sekiranya lagu yang dituntut, sistem automatik Assisted Trim membolehkan pengguna menukar audio, membisukan audio atau memotong terus bahagian yang dituntut.

Panel baharu juga menjelaskan apakah yang terjadi apabila video dituntut sama ada ia akan menyebabkan video tersebut dipadam, video kekal tetapi wang pengiklanan diberikan kepada pemilik dan sama ada ia kan menyebabkan akaun dipadam. YouTube akan menambah lebih banyak sistem baharu bagi memperbaiki lagi proses menuntut hakcipta pada tahun 2020.

Previous
Next Post »