Xiaomi Melancarkan Mi Watch Forbidden City – Wear OS, Skrin Bulat, Harga Sekitar RM767

https://ift.tt/353nzxf

Xiaomi Mi Watch adalah jam tangan sebenar dari Xiaomi yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Ia adalah jam tangan pintar Xiaomi yang menjalankan Wear OS dengan antaramuka MIUI for Watch. Boleh dikatakan ia adalah yang pertama dalam dunia yang meletakkan tema tersendiri di atas sistem operasi Wear OS. Jam tangan pintar Mi Watch ini juga mempunyai rekaan yang mirip dengan Apple Watch dan dijual pada harga yang agak berpatutan.

Terkini di laman biayasama Xiaomi Youpin, Xiaomi telah melancarkan Mi Watch Edisi Forbidden City. Ia adalah Mi Watch dengan skrin bulat dan bertemakan Kota Terlarang yang terkenal di China. Jam ini walau bagaimanapun nampak hebat, teknologi Bluetooth yang digunakan adalah lapuk iaitu Bluetooth 4.1, RAM hanya 512MB dan storan dalaman terhad kepada 4GB sahaja. Saiz skrin adalah 1.3-inci dari panel OLED, hadir dengan GPS terbina, NFC untuk pembayaran nirtunai dan dijana dengan Snapdragon Wear 2100.

Disebabkan ia adalah edisi khas, ia hadir dengan muka jam unik bertemakan Kota Terlarang ini. Ia kelihatan premium dan elegan. Warna jam yang ditawarkan adalah Rose Gold dengan tali jam berwarna hijau dan Sui Kong Hei yang menggunakan rangka hitam dan tali jam biru gelap. Harga jualan di China adalah 1299 Yuan, iaitu sekitar RM767 sahaja. Walaupun ia menjalankan Wear OS, perkhidmatan Google asas untuk ditambat menggunakan aplikasi Wear OS masih boleh digunakan oleh pengguna global – cuma sokongan adalah terhad.

Previous
Next Post »