Realme X2 Pro Master Edition Turut Ditawarkan – Kemasan Seakan Bata Merah

https://ift.tt/2OYKHXW

Hari ini, Realme Malaysia telah melancarkan Realme X2 Pro secara rasmi untuk pasaran tempatan. Ia hadir dengan skrin 6.5-inci Super AMOLED Fluid Display 90Hz, dijana Snapdragon 855+, RAM 12GB dan storan 256GB UFS 3.0. Kemudian, kamera pula adalah tetapan kuad-lensa dengan lensa 64MP sebagai lensa utama dan juga keupayaan zum 20 kali. Paling mengejutkan, harganya adalah RM2399 sahaja.

Jika pengguna tidak berminat dengan warna biru atau putih yang Realme tawarkan, Realme Malaysia turut memperkenalkan Realme X2 Pro Master Edition. Panel belakangnya direka oleh Naoto Fukusawa dan berwarna merah. Akan tetapi merahnya bukan merah biasa, ia adalah kasar, matte dan kemasannya adalah seakan batu-bata merah. Variasi apa, masih tidak didedahkan oleh Realme – mungkin sama 12/256 GB.

Bagi yang berminat, anda perlu tunggu sedikit lebih lama. Ini kerana, Realme tidak mengumumkan tarikh jualan dan juga harga. Sebaliknya, mereka akan dedahkan di laman web mereka tidak lama lagi.

Previous
Next Post »