Xiaomi Mi Note 10 atau lebih dikenali sebagai Xiaomi CC9 Pro dipasaran luar kini telahpun rasmi dilancarkan di Malaysia. Melihat spesifikasi yang ditawarkan, pelbagai teknologi terkini yang didatangkan bersama peranti ini. Namun ia hanya dijana dengan kuasa cip pemproses Snapdragon 730G.
Siri kali ini didatangkan dengan dua variasi, iaitu Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro yang hampir sama. Cuma perbezaan paling ketara adalah Mi Note 10 hadir dengan 6GB RAM dan 128GB storan, manakala Mi Note 10 Pro pula 8GB RAM dan 256GB storan.

Manakala spesifikasi yang lain adalah hampir sama, paparan skrin dwi-lengkung 6.47-inci AMOLED bersama pengimbas cap jari yang pantas, bateri sebesar 5260mAh bersama pengecasan pantas 30W.
Bahagian yang menjadi tarikan utama sudah tentunya pada keupayaan kamera yang dilengkapi dengan penta kamera 108MP sebagai kamera utama, 20MP sudut ultra-lebar, 12MP potret dengan 2x optikal zoom, 5MP telefoto dengan keupayaan zoom sehingga 50x dan 2MP makro. Manakala kamera hadapan swafoto adalah 32MP f/2.0. Setaraf dengan Huawei Mate 30 Pro jika mengikut skor yang dikeluarkan oleh DxOMark sebelum ini.

Mi Note 10 dijual dengan harga RM2,099 buat 6GB/128GB dan Mi Note 10 Pro dijual dengan harga RM2,499 buat 8GB/256GB dengan pilihan warna Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black. Siri Mi Note 10 juga akan mula dijual bermula 7 Disember ini.
from TheSkop https://ift.tt/35R3jQm
via IFTTT