Vivo Menjual Kabel Pengecas Yang Direka Khusus Untuk Peminat Permua Tegar

https://ift.tt/36wlTha

Permua akan menyebabkan bateri peranti digunakan dengan pantas. Sudah menjadi lumrah pada waktu ini untuk melihat remaja di restoran mamak menikmati sesi permua dengan peranti bersambung dengan sebuah power bank. Ini menyebabkan kedudukan tangan kanan sedikit canggung kerana kabel pengecas yang menghalang sisi peranti dipegang dengan selesa.

Vivo telah melancarkan aksesori kabel pengecas khas yang direka khusus untuk peminat permua. Menerusi kabel ini, wayar kabel akan dilipat ke belakang peranti sebelum berjuntai ke bawah. Tangan kanan pengguna tidak lagi akan dihalang oleh kabel pengecas sekaligus membuatkan sesi permua lebih selesa. Di China kabel berkepala USB-C ini dijual pada harga RMB 59 (~RM35).

Previous
Next Post »