Radiohead ialah kugiran yang sering dimasukkan ke dalam senarai antara yang terbaik di dunia. Menerusi album Ok Computer yang dilancarkan 22 tahun yang lalu mengubah landskap muzik rock kerana eksperimentasi dengan genre electronica. Sekiranya anda peminat, kami yakin anda pasti sudah memiliki beberapa album fizikal. Bagi yang bukan peminat pula anda kini boleh menikmati kesemua album mereka secara percuma menerusi YouTube.
Kumpulan yang berasal dari Brentwood UK ini telah memuat naik kesemua sembilan album mereka ke YouTube untuk distrim secara percuma. Tindakan mereka ini adalah berlainan sama sekali dengan kebanyakan artis yang ingin peminat membayar sebelum mendengar.
Tetapi tindakan Radiohead tidak mengejutkan kerana pada tahun 2007 mereka menawarkan muat turun album In Rainbows secara percuma. Peminat masih boleh membayar sebanyak mana mereka mahu sekiranya ingin menyokong Radiohead. Untuk menstrim kesemua album Radiohead silalah ke laman YouTube rasmi mereka.