https://ift.tt/eA8V8J
Google Malaysia hari ini telah pun mengeluarkan senarai carian terhangat mereka untuk tahun 2019 ini. Ia meliputi pelbagai kategori berbeza, termasuk berkaitan dengan carian gajet paling popular sepanjang 2019 ini.
Melalui data yang dikongsikan oleh Google Malaysia, jenapa peranti daripada dua syarikat mendominasi senarai carian terhangat untuk 2019 ini, iaitu Apple dan juga Huawei.
Berikut merupakan senarai gajet yang paling popular menurut Google Malaysia:
1. iPhone 11
2. Huawei P30
3. Huawei P30 Pro
4. iPhone 11 Pro Max
5. Huawei Nova 3i
6. Vivo S1
7. Oppo F9
8. Huawei Nova 5t
9. Realme 5 Pro
10. Oppo A3s