Gmail Kini Menyokong Melampirkan Emel Dalam Emel

https://ift.tt/2YxXQvm

Dalam melakukan urusan kerja kerap kali kami perlu menyertakan fail lampiran di dalam emel. Selepas beberapa kali berbalas emel, terdapat pelbagai lampiran disertakan. Kadang kala lampiran yang diterima ini kemudiannya perlu diberikan pula kepada individu lain dan memerlukan setiap emel dipanjangkan satu persatu sehingga sukar untuk dijejak.

Gmail hari ini mengumumkan ciri baru yang membolehkan emel dilampirkan dalam emel dengan lebih mudah. Anda hanya perlu memilih emel dengan lampiran yang dikehendaki dan kemudian menggunakan ciri Forward as Attachment. Emel yang ingin dilampirkan juga boleh dimasukkan ke dalam emel yang lain dengan melakukan aksi drag and drop. Ciri ini mula diberikan hari ini kepada kesemua pengguna Gmail secara berperingkat.

Previous
Next Post »