Amazon Memperkenalkan Perisian Fraud Detector – Membolehkan Perniagaan Atas Talian Mengurangkan Risiko Penipuan Oleh Pengguna

https://ift.tt/eA8V8J

Di acara Amazon Web Services Re:Invent yang sedang berlangsung di Las Vegas, syarikat tersebut telah memperkenalkan sebuah perisian yang boleh membantu pemilik-pemilik perniagaan atas talian untuk mengurangkan risiko penipuan oleh pengguna.

Perkhidmatan tersebut dinamakan Amazon Fraud Detector, dan berfungsi dengan beberapa cara untuk menyukarkan penipu untuk bukan sahaja berjual-beli di platform-platform atas-talian, tetapi juga untuk mendaftar akaun baru.

Para pengendali perniagaan atas talian boleh memasukkan data seperti alamat IP, emel dan butiran pendaftaran untuk kedua-dua transaksi tipu dan benar kedalam Fraud Detector, dimana ia kemudiannya akan menggunakan algoritma untuk membina sebuah model keselamatan untuk perniagaan-perniagaan ini yang boleh digunakan untuk mengenalpasti alamat IP ataupun domain emel yang manakah sering digunakan untuk mendaftar akaun penipu.

Pengendali perkhidmatan kemudiannya boleh mengubahsuai model tersebut untuk menyesuaikannya dengan keperluan mereka untuk memastikan penipu-penipu sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti mereka di laman tersebut.

Melalui Fraud Detector ini juga, pentadbir atas talian boleh menambahkan ciri-ciri sekuriti tambahan sewaktu pendaftaran, seperti pengesahan dua faktor dan pengesahan melalui emel untuk memastikan pengguna yang baru mendaftar tersebut adalah seorang pengguna yang sah.

Amazon turut berkata bahawa teknologi pembelajaran mesin Fraud Detector mampu mengenalpasti sehingga 80 peratus lebih ramai pengguna penipu atas talian berbanding dengan kaedah yang digunakan sekarang.

Amazon Fraud Detector kini berada didalam fasa ujian di beberapa negeri di Amerika Syarikat, dan akan diperluaskan kawasan rangkaiannya tidak lama lagi.

Previous
Next Post »