(Video) 'Malaysia bukan Afghanistan, kita tak nak & tolak Taliban' - Nga Kor Ming dikecam netizen



Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Tindakan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini ketika berkempen, mengundang kemarahan rakyat. 


Dalam video yang sedang tular di media sosial, Nga berkata, "Lihatlah negeri yang diperintah oleh parti pencacai agama ini (PAS). Malaysia bukan Afghanistan, kita tak nak Taliban dan kita tolak Taliban". 



Kenyataan Nga itu secara tidak langsung telah mencetuskan rasa kurang senang umat Islam yang menuntut calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu dikenakan tindakan tegas kerana mengeluarkan kata-kata yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan keharmonian. Apatah lagi, negara ini tidak pernah mengamalkan konsep pemerintahan Taliban.


Di media sosial, netizen turut menggesa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas terhadap Nga yang kini merupakan liabiliti kepada PH di PRU15. 


"Tak ada sesiapa ke yang boleh baling kasut ke muka Nga Kor Ming ni? Bagi dia sedar diri sikit. Setiap masa mesti jadi punca punya. Naik benci aku," kata Injang. 



"Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, tolong tegur sikit si Nga ni, suruh dia diam dan jangan cakap apa-apa. Jangan disebabkan dia punya mulut tak ada akal, kacau momentum PH," kata NakSuasanoJah.


Tidak terkecuali, beberapa selebriti turut mengecam kenyataan Nga, seperti Caprice yang menuntut Anwar Ibrahim memecat pemimpin DAP itu segera. 


"Kalau Anwar Ibrahim berani pecat dia, esok juga Cap turun sokong Anwar Ibrahim," katanya. 



Sumber: Twitter Injang, IG Caprice



source https://www.thereporter.my/2022/11/video-malaysia-bukan-afghanistan-kita.html
Previous
Next Post »