Takiyuddin kata PN mungkin akan bergabung dengan BN jika gagal menang PRU15 secara bersendirian, Muhyiddin pula nafikan



Pas tidak menolak kemungkinan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka gagal memenangi PRU15 secara bersendirian. 


Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir Putrajaya.

 

"Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN. Apa yang pasti, kita tidak menerima PH," katanya. 


Malangnya, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin pula menyangkal kenyataan itu dan menegaskan tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk mengeluarkan kenyataan tersebut. 


Jelasnya, PN bertanding di PRU15 ini adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH. 


"Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15," katanya. 


Percanggahan dua kenyataan pemimpin PN itu mengundang ketidakpuasan hati rakyat terutamanya penyokong PN yang merasakan mereka keliru dengan hala tuju perjuangan PN. 


"Baik tak payah undi PN, tak payah buat PRU. Undi PN, dapat BN. Undi BN, dapat PN. Yang menjadi mangsa, rakyat. Politaik yang untung. Semua gila kuasa dan jawatan," kata MFA. 


"Itulah, sama je tiada beza. Menyusahkan rakyat!" kata Ariff. 


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2022/11/takiyuddin-kata-pn-mungkin-akan.html
Previous
Next Post »