BN sedia beri kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara jika menang PRU15 - Zahid Hamidi

Foto The Star


Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing. 


Bagaimanapun Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan ini akan dilaksanakan sekiranya BN berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15), 19 November ini. 


"Kita tidak lagi mahu anak-anak yang dilahirkan melalui perkahwinan campur atau mereka yang berbeza identiti bangsa dan agama dinafikan hak untuk menjadikan Malaysia tanah air  tercinta. 


"Oleh itu saya tegaskan di sini bahawa BN bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing. 


"Ini kita lakukan atas kesedaran bahawa patriotisme dan nilai sayangkan negara itu hadir dengan kerencaman dan keterangkuman," katanya. 


Malangnya, janji yang ditaburkan oleh Zahid itu ditentang keras oleh netizen yang menganggap Presiden UMNO itu begitu mudah memberi kerakyatan semata-mata untuk meraih undi rakyat. 


"Asas-asas Perlembagaan wajar jangan diusik. Jangan jadikan manifesto politik semata-mata nak memenangi pilihan raya. Orang politik tidak perlu masuk campur semua perkara," kata Azmi. 


"Melingkup negara kalau ada Perdana Menteri macam ni semata-mata untuk kepentingan diri sanggup buat apa sahaja. Tengoklah, parti sendiri pun tak betul. Sampai orang dalam parti tak berani nak bersuara sebab takut dengan tuan presiden, kalau tak kena pecat. Jadi tak layak pun nak jaga rakyat kalau takut dengan presiden sendiri," kata Shahrul. 


"Kalau benda macam ni pun jadi janji pilihan raya, baik buat hubungan diplomatik dengan Israel teruslah, kan senang," kata Fahrulruzi.


Sumber: Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2022/11/bn-sedia-beri-kerakyatan-kepada-anak.html
Previous
Next Post »