Lelaki tembak kemaluan suami baharu bekas isterinya kerana cemburu



Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan di bahagian zakarnya akibat ditembak dengan pistol oleh bekas suami kepada isterinya yang cemburu. 


Sicko Bunteurm Oonkaew, 37, bertindak menyerang suami baharu kepada bekas isterinya selepas dia minum minuman keras dengan teman wanitanya. 


Bunteurm pergi ke rumah bekas isterinya di Chumphon, selatan Thailand pada malam 10 November. Sebaik saja membuka pintu utama, dia terus mengacu pistol ke arah mangsa, Somchai Sakoolchai, 40. 


Tanpa berfikir panjang, Bunteurm terus melepaskan tembakan dan mengenai pangkal paha mangsa. 


Terkejut melihat kejadian itu, isteri mangsa, Ubonrat, 35, terus menghubungi talian kecemasan. Sepasukan polis segera dikerahkan ke lokasi dan terus menahan suspek. 


Bunteurm bagaimanapun tidak melarikan diri. Malah dia mendakwa tersilap melepaskan tembakan, sambil ketawa. Bunteurm kemudian ditahan atas dakwaan cubaan membunuh mangsa. 


"Saya baru pulang dari kerja dan duduk minum arak di dalam bilik bersama teman wanita saya, sebelum bangun dan mengeluarkan pistol yang disimpan dalam almari. 


"Saya berjalan menuju ke rumah bekas isteri dan saya sengaja berhenti untuk bercakap dengannya. Tetapi saya secara tidak sengaja memegang pistol di tangan dan tertarik picu. 


"Tembakan itu mengenai kaki Somchai, tetapi saya tidak berniat untuk berbuat demikian. Saya terkejut dan segera beredar, letak semula pistol di dalam almari pakaian. Saya tutup pintu bilik dan tidak beberapa lama kemudian polis pun tiba. 


Sementara itu, Somchai yang dalam keadaan separa sedar telah dihantar ke hospital. Paramedik mengesahkan kecederaan di bahagian zakarnya juga teruk dan dikhuatiri tidak akan dapat berfungsi lagi. 


Ubonrat memberitahu polis, dia mempunyai dua anak dengan bekas suaminya yang berusia 15 dan 9 tahun. Tetapi Bunteurm masih tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah bercerai sejak enam tahun lalu. 


"Saya dah beritahu polis mengenai apa yang terjadi. Saya harap suami saya baik-baik saja. Dia baik dengan saya, saya tidak kisah jika zakarnya tidak lagi berfungsi. 


"Doktor kata zakarnya ditembak dan mungkin tidak akan berfungsi lagi," katanya. 


Timbalan Pesuruhjaya Polis Balai Polis Mueang Chumphon, Leftenan Kolonel Prapas Wi-Prajong berkata, suspek sedang disoal siasat dan akan didakwa mengikut pertuduhan cubaan membunuh menggunakan senjata api, memiliki senjata api tanpa kebenaran dan membawa senjata api di khalayak ramai tanpa kebenaran. 


Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 15 tahun. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2022/11/lelaki-tembak-kemaluan-suami-baharu.html
Previous
Next Post »