'Orang baik' & 'orang jahat' tidak boleh duduk bersama - Pas tak menyesal tak sertai Kerajaan Perpaduan



Pas sebelum ini telah menyatakan pendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan nekad menjadi pembangkang untuk memastikan proses semak dan imbang berjalan dengan baik di Parlimen. 


Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan baharu tersebut bukanlah kerajaan perpaduaan, tetapi kerajaan campuran. Ini kerana kerajaan perpaduan perlu membabitkan semua parti. 


Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak akan sesekali menyesal dengan keputusan untuk tidak menyertai kerajaan baharu itu walaupun mempunyai kerusi yang banyak. 


"Kita perlu hormat kepada parti utama, kita lihat rakyat sudah memberi mandat kepada PN, malah Pas saja menang 49 kerusi yang tertinggi. Bagaimanapun, apa yang rakyat nak tidak ada dalam kerajaan. 


"Tetapi, apa yang penting bagi kita ialah untuk menerima keputusan yang dibuat dan kami akan turun sebagai satu kumpulan yang teguh untuk bagi pandangan terbaik bagi kebaikan seluruh negara. 


"Kita akan memantau setiap satu komitmen dan manifesto kerajaan khususnya sewaktu yang dijanjikan ketika berkempen termasuk untuk mengecilkan kabinet. 


"Sesuatu yang mengejutkan apabila awalnya dia tolak 'penyamun', tetapi tiba-tiba berpakat dengan 'penyamun'. Malah, semua orang tahu ucapannya sering kali menghentam golongan yang dianggap makan rasuah dan melakukan penyelewengan, tetapi bagaimana mereka boleh bekerjasama," katanya. menurut laporan Harian Metro, 28 November 2022. 


Tambahnya lagi, 'orang baik' dan 'orang jahat' tidak boleh duduk bersama, tetapi pihaknya menerima keputusan pembentukan kerajaan hari ini selain bersedia menjadi pembangkang yang membina. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/11/orang-baik-orang-jahat-tidak-boleh.html
Previous
Next Post »