Anwar dakwa PN bekerjasama dengan BN untuk bentuk kerajaan selepas PRU15, Muhyiddin bengang & minta bukti



Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim mendakwa pemimpin BN dan PN sudah memulakan rundingan untuk bekerjasama membentuk kerajaan selepas PRU15. 


Jelas Anwar, rundingan itu dibuat selepas masing-masing ketinggalan dalam persaingan. 


"Apa yang saya tahu, mereka ada berjumpa. Mereka sudah mula berunding kerana dia tahu, dia sudah kebelakang. Jadi, kenapa tidak beritahu rakyat terang-terang?


"Jadi, semua cakap.. soal kutuk sana sini, tolak UMNO, UMNO tolak PAS dan BERSATU, itu wayang kulit saja," katanya menggulas mengenai kenyataan Takiyuddin Hassan yang mendedahkan PN akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan campuran jika PN gagal menang sendirian di PRU15.


Sementara itu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan itu dan mencabar Anwar mengemukakan buktinya. 


"Apa bukti? You don't just make allegation without basis. PN kini bertanding secara nyata melawan BN. 


"Kita menyerang antara parti, jadi apa bukti dakwaan Anwar itu. Anwar suka buatdakwaan sama macam Rafizi Ramli. Tuduhan ini tidak lain untuk mempengaruhi pengundi bahawa PN kononnya berpakat-pakat dengan BN. Padahal ia tidak berlaku.


"Saya cabar dia buktikan dan tolong jawab," tegasnya. 


Di media sosial, rakyat mengakui mereka kini keliru susulan Takiyuddin mengeluarkan kenyataan PN akan bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU15.  Sehingga ada netizen yang mula menularkan slogan spontan 'Undi PN, dapat BN. Undi BN, dapat PN'. 


Sumber: Berita Harian, MalaysiaKini, Twitter



source https://www.thereporter.my/2022/11/anwar-dakwa-pn-bekerjasama-dengan-bn.html
Previous
Next Post »