Ramai yang masih mahukan Ismail jadi PM semula, Anwar jadi pilihan kedua



Kajian yang dilakukan oleh Endeavour-MGC menyatakan bahawa, 22 peratus daripada 1,068 responden di Semenanjung Malaysia masih mahu Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15). 


Selepas Ismail, Presiden PKR Anwar Ibrahim yang bertanding di Tambun pula mendapat undian sebanyak 20 peratus. Diikuti dengan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendapat 16 peratus, manakala Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein pula mendapat enam hingga lima peratus undi. 


Dalam kajian yang sama, responden turut meramal Ismail akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri dengan 27 peratus undian. Diikuti dengan Anwar - 26 peratus, Muhyiddin - 21 peratus, Khairy - 10 peratus dan Mohamad Hasan (Tok Mat) - 7 peratus sahaja. 


Selain itu, respoden juga berpendapat bahawa Ismail dan Khairy menjadi pilihan pertama dan kedua untuk menerajui UMNO dengan 31 peratus dan 21 peratus undi berbanding kepimpinan parti berkenaan yang diketuai oleh Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan yang hanya mendapat empat dan 10 peratus undi. 


Sementara itu, Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan untuk menerajui PKR sebagai Presiden dengan 43 peratus undi, diikuti dengan Nurul Izzah - 15 peratus dan Wan Azizah - 9 peratus serta Rafizi Ramli - 8 peratus. 


Selain itu, 71 peratus responden mengatakan mereka akan turun mengundi pada 19 November ini.


Pengundi berusia 50 tahun ke atas paling tinggi berhasrat keluar mengundi (82 peratus) manakala mereka berusia antara 30 hingga 40 dengan 73 peratus dan pengundi bawah 30 tahun pada 69 peratus.


Sebanyak 68 peratus penyokong BN bakal keluar mengundi manakala 66 peratus penyokong PH juga akan berbuat demikian dengan peratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) paling tinggi mengakui akan mengundi iaitu 80 peratus.


Bagaimanapun, jumlah ini berkemungkinan lebih rendah berikutan marjin kesilapan lebih tinggi bagi sekumpulan kecil pengundi.


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/11/ramai-yang-masih-mahukan-ismail-jadi-pm.html
Previous
Next Post »