(Video) Gigih buat aktiviti flying fox sambil pegang anak, polis buka kertas siasatan



Tular video seorang wanita memegang anak kecilnya ketika melakukan aktiviti 'flying fox' yang dilaporkan berlaku di Kuala Kubu Bharu, mengundang kemarahan ramai yang bimbang dengan keselamatan dua beranak terbabit. 


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu semalam dan telah membuka kertas siasatan.


"Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006," katanya. 


Suffian meminta orang ramai bertentang dan tidak gusar dengan isu yang tular itu. Malah menyeru masyarakat tampil membuat aduan ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223. 



Difahamkan, video wanita terbabit memegang anaknya sambil melakukan aktiviti flying fox itu tular di Facebook dan TikTok, mengundang kemarahan orang ramai. 


Netizen mengecam wanita berkenaan yang sanggup mengutamakan keseronokan sendiri dengan mengadaikan keselamatan anak kecilnya yang jelas tidak memakai sebarang kelengkapan keselamatan yang penuh. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/11/video-gigih-buat-aktiviti-flying-fox.html
Previous
Next Post »