'Dah banjir, macam mana nak mengundi? 12 kali dah banjir' - Rakyat

Foto Astro Awani


Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini, Malaysia akan mengalami bencana banjir di pertengahan bulan November, namun parti politik pemerintah pada ketika itu enggan peduli dan nekad membubarkan Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 


Selepas Perdana Menteri Ismail Sabri membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November, Jumaat, sebagai hari membuang undi. 


Namun berbaki dua hari lagi, media melaporkan berlakunya bencana banjir di beberapa negeri akibat hujan lebat berterusan. Penduduk yang terjejas terpaksa berpindah pusat perlindungan sementara. 


Di media sosial, netizen yang terbabit dalam bencana banjir turut mempersoalkan di mana keberadaan para pemimpin yang sebelum ini lantang mengatakan mereka sanggup meredah banjir untuk membantu mangsa banjir jika PRU15 diadakan pada pertengahan November. 


Ada yang mendakwa, sehingga ke hari ini di kala rumah sudah separuh ditenggelami air, pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan masih belum datang mahupun kelihatan kelibatnya membantu mereka. 


Apatah lagi bencana banjir yang menimpa penduduk di Kampung Chemperai yang sudah 12 kali berdepan dengan banjir dalam tempoh 11 tahun akibat ban pecah.


"Hujan berterusan malam tadi dan air mula naik jam 2 pagi, tapi hanya paras kaki. Namun pada jam 7 pagi (Khamis), air naik dengan mendadak. 


"Saya dah duduk di sini 11 tahun, tapi ini dah kali ke 12 terjadi. Banjir berpunca daripada air sungai dan ban yang pecah. Barang-barang dalam rumah ini semua pakai buang, sebab tahu akan berlaku banjir lagi," kata Shamsul Bahrin. 


Shamsul tidak menafikan, bencana yang berlaku itu memang akan mempengaruhi jumlah pengundi turun menunaikan tanggungjawab mereka pada 19 November ini. 


"Kalau dah banjir, macam mana nak mengundi?" katanya. 


Sumber: Astro Awani



source https://www.thereporter.my/2022/11/dah-banjir-macam-mana-nak-mengundi-12.html
Previous
Next Post »