Remaja lelaki 17 tahun disyaki liwat adik tiri ditahan polis



Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang disyaki telah meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. 


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek yang juga merupakan abang tiri kepada mangsa didakwa melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu di Karak. 


Polis terdahulu menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang memaklumkan mengenai mansa telah diliwat oleh abang tirinya. 


Bertindak di atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menahan suspek. 


Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 November depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/11/remaja-lelaki-17-tahun-disyaki-liwat.html
Previous
Next Post »