(Video) 'Duduk di KL jadi wakil rakyat di sini, macam mana?' - Warga emas dakwa Nurul Izzah tak buat kerja tetapi dibidas netizen



Tular laporan media mengenai kenyataan seorang wanita warga emas yang mengkritik calon PH, Nurul Izzah, yang didakwa tidak membawa sebarang perubahan pada kawasan Permatang Pauh sepanjang tempohnya berkhidmat. 


"Dah dekat nak pilihan raya baru datang, nak bergambar dengan kita. Tetapi tak ada kerja yang mereka buat. 


"Duduk di Kuala Lumpur, jadi wakil di sini, macam mana? Kami warga emas di Tanjung Putus teringin nak tengok perubahan di Permatang Pauh. 


"Kalau terus macam ini juga, malu nak mengaku orang Permatang Pauh. MAcam nampak bodoh sangat. Kali ini kami nak buat perubahan pilihan orang-orang yang boleh buat kerja dan betul-betul minat jadi wakil rakyat," katanya,. 



Bagaimanapun kenyataan warga emas itu dibidas oleh netizen yang mengatakan dia tidak mengikut perkembangan aktiviti Nurul Izzah di kawasan tersebut. Malah ada yang mengatakan dia tidak memahami tugas seorang Ahli Parlimen. 


"Ismail Sabri MP Bera, ada dia duduk di Bera? Zahid Hamidi duduk Bagan Datuk? Najib Razak duduk di Pekan? Tak makcik, dia duduk di penjara! Nurul Izzah bukan Ketua Menteri Permatang Pauh makcik, dia kerja Parlimen. Parlimen kat mana makcik?" kata The Mamu. 


"Sebab negara kita tak ada pendidikan politik dan bagaimana pentadbiran berfungsi. Yang ditanam dalam kepala rakyat adalah "MP/ADUN/YB kena pantau jalan berlubang, longkang tersumbat". Itu tugas majlis, tugas wakil rakyat sepatutnya gubal polisi baik di persekutuan atau negeri," kata Syam. 


"Walaupun Nurul Izzah duduk di KL, tetapi setiap hujung minggu dia turun ke Permatang Pauh dan buat program bersama rakyat di situ," kata Khairul. 


"Makcik nak cikgu gangster ke jadi MP kat sana?" kata Mongka. 



Sumber: Malaysia Gazette, Twitter The Mamu



source https://www.thereporter.my/2022/11/video-duduk-di-kl-jadi-wakil-rakyat-di.html
Previous
Next Post »