Muhyiddin besar kemungkinan tak dapat sokongan majoriti, Istana perlu lantik Anwar jadi PM ke-10



Dengan majoriti ahli Parlimen BN mencapai keputusan untuk menjadi sebuah blok, Muhyiddin Yassin dari PN mungkin tidak mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri.


Hanya tiga ahli parlimen BN tidak hadir dalam sidang media Zahid hati ini termasuk Hishamuddin Hussein (Sembrong) dan Jalaluddin Alias ​​(Jelebu) yang secara terbuka menolak PH.


PN menang 73 kerusi parlimen, manakala sekutunya GPS dan GRS masing-masing menang 22 dan 6 kerusi.


Dengan mengandaikan tiga ahli parlimen BN yang tidak hadir - termasuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) berada di pihak Muhyiddin - bilangan ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin hanya 105 orang, kurang enam daripada 111 majoriti mudah yang diperlukan.


Walaupun Muhyiddin mendapat sokongan daripada PBM (1), KDM (1) dan dua calon bebas Sabah, dia masih kurang sokongan dua ahli parlimen.


Sementara itu, bekas peguam negara, Tommy Thomas berpandangan, Yang di-Pertuan Agong mesti melantik pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerana gabungan itu memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum.


Tommy berkata demikian berdasarkan keputusan pilihan raya United Kingdom 1974 yang turut menyaksikan keadaan parlimen tergantung. 


Katanya, Ratu Elizabeth ketika itu mengundang gabungan yang memperoleh undi terbanyak untuk membentuk kerajaan.


Justeru, katanya, oleh kerana Malaysia turut menggunakan sistem parlimen Westminster, Anwar patut diberikan peluang diberikan peluang untuk menjadi perdana menteri.


"Agong mesti lantik Anwar jadi perdana menteri," katanya.


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2022/11/muhyiddin-besar-kemungkinan-tak-dapat.html
Previous
Next Post »