(Video) Playboy Nigeria 'show off' 6 teman wanita yang telah dihamilkannya


Seorang lelaki Playboy berasal dari Nigeria yang dikenali sebagai Pretty Mike, menjadi perhatian di majlis perkahwinan pelakon, Williams Uchemba. Ini kerana, Pretty Uchemba atau nama sebenar, Mike Eze Nwalie Nwogu (mujur bukan Uvuvwevwevwe Onyetenyevwe Ugwemubwem Ossas), membawa enam wanita yang sedang hamil dan mendakwa dialah yang menghamilkan enam teman wanitanya itu. 


Mike yang memakai pakaian berwarna merah jambu memperkenalkan seorang demi seorang teman wanitanya dan mencium perut beberapa teman wanitanya yang memakai pakaian sedondon. 



Perkongsian Mike itu mengundang banyak komen dari netizen. Ada yang berimpian untuk menjadi seperti Mike, tetapi ada juga yang mengkritiknya, selain dianggap 'sengaja' mencuri perhatian orang ramai sehingga membuatkan yang lain terlupa akan Williams Uchemba yang sedang berkahwin. 


Difahamkan, pemilik kelab malam di Lagos itu sememangnya sudah dikenali sebagai Playboy di Nigeria. Dia dilaporkan pernah berkata bahawa wanita cantik belum tentu hanya mampu dimiliki oleh seorang lelaki sahaja. 


Dalam posting terbarunya di Instagram, Mike juga menunjukkan saat dia tidur bersama beberapa teman wanitanya yang dipercayai tidak memakai pakaian. Mereka juga memandikan Mike selepas bangun dari tidur. 



Ini baru betul, Lacoste! - Agensi



source https://www.thereporter.my/2020/11/video-playboy-nigeria-show-off-6-teman.html
Previous
Next Post »