'Eeii! Sakitnya hati tengok muka dia!' - Suspek masih mampu tersengih selepas campak cucu tirinya dari tingkat 3


Seorang suspek lelaki warga Nigeria ditahan kerana dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat 3, di sebuah apartment di Danau Kota, Setapak, di sini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata suspek yang berusia 42 tahun itu, ditahan di rumahnya sejurus selepas kejadian itu kira-kira 8 pagi tadi.


Beliau berkata kejadian itu berlaku apabila suspek cuba merogol salah seorang anak perempuan tirinya berusia 24 tahun, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun.


“Mangsa (anak perempuan tiri suspek) ketika itu sedang tidur, namun perbuatan suspek telah dihalang oleh isteri dan tiga anak perempuan tiri suspek yang lain.


“Berang dengan kejadian itu, suspek telah mengamuk, memukul dan menghentak isteri dan empat anak tiri suspek yang berada di dalam rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.


Nik Ros Azhan berkata ekoran itu suspek memukul cucu tirinya sehingga lemah-longlai, sebelum mencampakkan cucunya ke luar tingkap di bilik utama sehingga jatuh.


Beliau berkata isteri suspek berusia 49 tahun yang melihat kejadian itu, lalu menjerit meminta tolong dan menyelamatkan diri bersama empat anaknya yang lain, untuk mendapatkan bantuan jiran serta pengawal keselamatan apartment itu.


“Ekoran itu, suspek cuba melarikan diri melompat keluar melalui tingkap sebelum mengalami kecederaan akibat impak melompat dari tingkat tiga dan telah ditahan orang awam dan pengawal keselamatan apartment itu.



“Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.


Nik Ros Azhan berkata suspek mengalami kecederaan di tangan dan beberapa bahagian anggota badan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.


Sumber: Bernama, Info Roadblock JPJ/POLIS



source https://www.thereporter.my/2020/11/eeii-sakitnya-hati-tengok-muka-dia.html
Previous
Next Post »