Mayat dengan kesan kelar di leher ditemui di tengah Jalan Bangsar


Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan kelar di bahagian leher di Jalan Bangsar, pagi tadi. 


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis pada jam 5.38 pagi. 


Sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi dan mendapati mangsa telah meninggal dunia. Tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an. 


Pasukan forensik yang melakukan pemeriksaan mendapati ada kesan kecederaan di beberapa bahagian badan. 


Laluan di Jalan Bangsa juga ditutup lebih kurang satu jam untuk memberi ruang kepada pasukan forensik untuk membuat pemeriksaan.


Polis kini sedang mengenalpasti mangsa dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



source https://www.thereporter.my/2020/11/mayat-dengan-kesan-kelar-di-leher.html
Previous
Next Post »