Lelaki bakar rumah, tak puas hati adik ipar tumpang rumah member + nak ceraikan adik dia


Ahad lalu, 15 November 2020, sebuah rumah orang dilaporkan dibakar oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan adik iparnya.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.20 pagi di Taman Sentosa yang turut membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi yang musnah terbakar. 


Siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan adik iparnya yang mahu bercerai dengan adik perempuannya dan tidak mahu lelaki itu menumpang di rumah rakan sekerjanya. 


"Siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada masalah rumah tangga adik perempuan suspek. Suspek juga dikatakan tidak mahu mangsa menumpang di rumah rakan sekerjanya itu selain tidak mahu mangsa terus tinggal di daerah ini," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 


Difahamkan, adik ipar suspek menumpang di rumah rakan sekerjanya itu sejak enam bulan lalu. 


Ekoran kejadian itu, polis telah menahan dua suspek di kawasan berhampiran pada jam 12 tengah hari dan 4 petang Isnin, 16 November 2020. 


Semakan mendapati, dua suspek terbabit yang berusia 32 dan 35 tahun mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes jenayah dan dadah. 


Kedua-dua suspek mengaku melakukan perbuatan khianat itu bersama dengan seorang lagi rakan. Mereka direman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/11/lelaki-bakar-rumah-tak-puas-hati-adik.html
Previous
Next Post »