'Dia datang dari belakang & terus pegang tangan aku' - Gadis nyaris disamun geng pukau di stesen minyak Batu Berendam


Petang tadi lebih kurang jam 4 petang di stesen minyak di Batu Berendam. Agak menakutkan tetapi mujur Allah selamatkan aku. Allahu.. Masa parking kereta, memang perasan ada sebuah motosikal tiba-tiba parking dekat sebelah. Buat tak tahu je sebab tak tahu dia ada niat jahat kat kita. 


Nasib baik hati ni nak kunci kereta. Biasanya kalau pergi ATM nak withdraw, tak kunci kereta kononnya sekejap saja. Tetapi selepas ini memang aku kunci kereta walaupun lima minit. 


Masa itu memang tak ramai orang pun kat situ. Maybe sebab hujan kot. Aku tariklah pintu sebab nak scan MySejahtera. Tiba-tiba seorang perempuan datang dari belakang dan pegang tangan aku. Kononnya nak tarik juga pintu itu. 


Cepat-cepat aku tarik tangan. Dalam hati, tiba-tiba berdebar. Eh kenapa ni? Pastu dalam tangan perempuan tu ada batu merah tau. Dia baca-baca tapi aku tak tahu apa yang dia baca. Selepas dia baca-baca tu, terus dia pandang muka aku. 


Tengok dari pakaian macam selekeh. Nak kata Melayu, macam buka. Indonesia pun bukan tapi bertudung ala-ala kadar. Kuasa Tuhan, masa perempuan itu pandang muka aku dan minta beg duit, aku terus toleh kiri. Pastu cepat-cepat masuk. Time ni dalam hati tak tahu nak cakap apa. 


Rupa-rupanya motosikal yang parking dekat sebelah kereta aku tadi ada kat belakang aku. Muka lelaki itu macam pecah tanah. Scary nak mampus. Macam manalah aku boleh tak perasan. 


Diorang tunggu sampai aku keluarkan duit. Selepas keluarkan duit, aku tunggu kat dalam stesen minyak tu, tak berani nak keluar. Selepas itu aku minta tolong cashier kat situ. 


Dalam masa yang sama, ada seorang perempuan Cina ditahan oleh perempuan yang pegang batu merah itu tadi. Selepas perempuan itu baca-baca, terus perempuan Cina itu serahkan beg duit dia. Perempuan itu ambil duit dalam purse perempuan Cina itu dan terus naik motosikal, tergesa-gesa pergi meninggalkan stesen minyak.


Kemudian perempuan Cina itu menjerit meminta tolong dan kata perempuan tadi tu ambil duit dia. Dia cuba minta tolong, tapi semua orang kat situ tak nampak motosikal yang mana satu. 


Cashier tu cakap, ini kes pukau. Ya Allah, memang menggigillah aku bila terbayangkan muka perempuan dan lelaki tadi itu berada di belakang aku je weh. Memang dekat, tiba-tiba saja dia ada di situ. Mesti diorang dah plan. 


Kalau aku pandang muka perempuan batu merah tu, mesti dah jadi mangsa macam perempuan Cina tadi tu. Nasib baik Ya Allah. Pastu cashier itu hantar aku sampai masuk ke kereta sebab dia tengok muka aku dah pucat. Dia pesan jangan singah mana-mana, terus balik ke rumah. Takut orang itu tadi ikut dari belakang. 


Memang macam KL Drift aku bawa. Yang pelik, semua orang kat situ tak nampak perempuan batu merah itu pergi tergesa-gesa. Sampai di rumah, terdiam jugalah bila teringat pasal tadi. Mesti perempuan itu pakai ilmu guna-guna sebab semua orang kat situ tak nampak motosikal itu pergi mana. Sumpah takut, tak pernah kena macam ni. Mesti dia dah lama follow aku, cuma aku je tak perasan. 


PAstu tadi aku beritahu juga kat family pasal hal ini. Ayah bising jugalah sebab selama ini tak nak kunci kereta dan suka jalan seorang diri. Iyelah sebab kita nak cepat keluarkan duit, nak bayar roadtax dengan hujan-hujan tadi. 


Selepas ini memang dah tak nak jalan seorang diri. Takut. 


Sumber: Twitter Hana Tasha



source https://www.thereporter.my/2020/11/dia-datang-dari-belakang-terus-pegang.html
Previous
Next Post »