Budak dirotan dengan wayar besi selepas rosakkan kredit kad & bingkai handphone


Seorang wanita dituduh merotan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan kejam setelah mangsa merosakkan kad kredit dan bingkai telefon bimbitnya. 


Kes itu kini sedang disiasat oleh pihak polis selepas gambar mangsa yang mengalami kecederaan itu tersebar di media sosial. 


Kejadian dipercayai berlaku di bandar Warnes, berhampiran Santa Cruz di Bolivia ketika mangsa ditinggalkan di bawah jagaan kakaknya di rumah sewa mereka. 


Lapor media tempata, suspek dalam kes itu telah dikenal pasti sebagai anak saudara kepada tuan rumah sewa berkenaan, Lizeth. 



Lizeth dikatakan menuduh mangsa telah merosakkan kad kredit dan bingkai telefon bimbitnya lalu merotan mangsa menggunakan wayar besi atau kayu, menurut kakaknya. 


Gambar mangsa yang penuh dengan kesan berbirat akibat dirotan itu tersebar di media sosial dan mengundang perhatian dari Menteri Dalam Negeri, Eduardo del Castillo, yang meminta pihak polis menjalankan siasatan penuh terhadap kes itu. 


Pegawai Keselamatan Sosial, Glen Antelo berkata, kedua-dua pihak itu sebelum ini pernah bergaduh. Keluarga mangsa akan diberi bantuan psikologi dan nasihat perundangan bagi menangani kes itu. 



Menurut Del Castillo, suspek wanita itu telah ditahan bersama dengan seorang lagi wanita yang tidak didedahkan identitinya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan serangan itu. Polis sedang meneruskan siasatan. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2020/11/budak-dirotan-dengan-wayar-besi-selepas.html
Previous
Next Post »