(Video) 'Dia buat muka sedih, jadi saya bawa dia ke kelas' - Kucing dok diam dalam laci selepas dibawa masuk ke kelas tanpa pengetahuan pensyarah


Kucing ini sehabis boleh cuba mengelakkan dirinya dari ditangkap selepas tuannya yang merupakan pelajar di sebuah universiti di utara barat China, membawa ia masuk ke dalam kelas tanpa pengetahuan sesiapa.


Video tersebut viral di media sosial menunjukkan kucing baka Munchkin berusia satu tahun itu, yang sangat dikenali dengan kakinya yang pendek, duduk di dalam laci di meja sambil memerhatikan keadaan di sekitar.


Pemilik kucing berkenaan yang dikenali sebagai Wen berkata, dia terpaksa membawa kucing itu ke dalam kelas selepas haiwan peliharaannya itu enggan membenarkan dia keluar dari rumah tanpa membawa dirinya. 


Wen berkata pada pagi Jumaat lalu, dia telah bersiap untuk pergi ke kelas apabila kucing peliharaannya, Ba Dun, mula menggesel dan memeluk kakinya.


"Ba Dun  terus memeluk kaki saya dengan wajahnya yang sangat sedih kerana dia mahu saya berada di sisinya. 


"Tapi saya dah terlambat untuk kelas. Saya tak nak kecewakan dia, jadi saya pun bawa dia ke kelas," katanya. 





Setelah meletakkan Ba Dun di dalam laci, Wen merakam video yang menunjukkan kucing itu duduk diam dan sedaya upaya untuk berada di kedudukan tersembunyi agar tidak dikesan oleh pensyarah. 


"Dia sangat baik dan langsung tidak mengeluarkan suara," kata Wen. 


Wen menjelaskan kucing itu diberi nama Ba Dun yang membawa maksud lapan makanan kerana selera makannya yang besar. 


"Dia pasti boleh makan lapan kali sehari jika saya izinkan," katanya lagi. 



Sejak dimuat naik di laman Douyin (lebih kurang TikTok) Ahad lalu, video itu telah ditonton lebih dari 300 juta kali.


"Oh my god! Tengok bertapa comelnya dia. Mata dia besar, dia pun nak belajar juga," kata netizen. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2020/11/video-dia-buat-muka-sedih-jadi-saya.html
Previous
Next Post »