Remaja maut disambar petir ketika bermain game di handphone yang sedang dicas


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas disambar petir ketika sedang asyik bermain permainan video di telefon pintarnya di warung kopi yang tidak beberapa jauh dari rumahnya. 


Ketua Polis Daerah Grobogan (Indonesia) Jury Leonard Siahaan berkata, kejadian itu berlaku pada petang Ahad lalu, 22 November 2020. 


Menurut Jury, kira-kira jam 4.00 petang, remaja itu memberitahu keluarganya yang dia mahu melepak di warung kopi di Desa Putatsari. Di warung, remaja itu bersama dengan rakan-rakan sedang asyik bermain permainan video di telefon pintar masing-masing. 


Lebih kurang jam 5.30 petang, hujan lebat melanda di kawasan itu dan mangsa masih fokus bermain game di telefon pintarnya yang sedang dicas. 


Tidak beberapa lama kemudian, terdengar bunyi petir yang terus menyambar mangsa yang sedang duduk sehingga menyebabkannya terpelanting. Rakan-rakan mangsa dan pemilik warung kopi terus bergegas mendapatkan mangsa yang ketika itu dalam keadaan tertiarap.


Mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia akibat luka terbakar yang parah. 


"Mangsa mengalami luka terbakar di tapak tangan kedua-dua belah tangan. Kami nasihatkan masyarakat untuk berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit semasa cuaca hujan. Lebih baik jangan gunakan dulu semasa hujan kerana ia berbahaya," katanya.


Sumber: Kompas



source https://www.thereporter.my/2020/11/remaja-maut-disambar-petir-ketika_27.html
Previous
Next Post »