2 suspek ragut di farmasi Gombak telah ditahan


Dua saspek yang terbabit dalam kes samun di sebuah farmasi di Gombak, Sabtu, 21 November 2020, yang video kejadiannya viral di media sosial semalam, telah ditahan awal pagi ini.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dua saspek terbabit telah ditahan pada jam 2 pagi Selasa, 24 November 2020 oleh sepasukan Polis Wangsa Maju dengan bantuan Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, 


"...dua saspek telah dikesan dan ditahan di lobi sebuah hotel yang terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur yang disyaki terlibat dengan kes. 


"Polis juga telah merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian samun di farmasi. Barang kemas yang disamun telah dijual ke pihak yang ketiga dan kini pihak Polis sedang dalam tindakan mengesan saspek yang terlibat," katanya. 


Kedua-dua saspek berumur 31 dan 40 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah. Saspek pertama yang berusia 31 tahun mempunyai 21 rekod jenayah dan dadah, manakala suspek kedua, 40, mempunyai lima rekod jenayah dan juga dikehendaki bagi kes dadah. 


Saspek telah mengaku terlibat dalam beberapa kes samun dan curi dalam kenderaan di beberapa lokasi di Setapak dan Sentul. 


Suspek akan direman pada pagi ini untuk siasatan lanjut. 


LAPORAN BERKAITAN



source https://www.thereporter.my/2020/11/2-suspek-ragut-di-farmasi-gombak-telah.html
Previous
Next Post »