(Video) Bayi baru lahir dibakar hidup-hidup, dipercayai hasil dari hubungan luar nikah


Malang nasib seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan dibakar hidup-hidup dalam kejadian yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia. 


Dalam video yang viral di media sosial, warga penduduk dilihat mengerumuni kawasan kejadian dan perakam video juga terkejut apabila melihat jasad mangsa yang sudah rentung. 


Sehingga kini, masih belum diketahui punca sebenar bayi itu dibakar dan siapa individu yang tergamak melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.  


Individu pertama yang menemui mayat mangsa adalah Totok, 35, pada jam 8 pagi Rabu, 18 November 2020 dan ketika itu keadaan mangsa sudah terbakar dan ditutup dengan dedaun kering, serta kayu yang tidak habis terbakar.


"Saya ingatkan patung yang dibakar. Tetapi selepas saya melihat dengan lebih dekat, saya terkejut, itu bayi manusia," katanya. 


Jurucakap polis, Abdul Haris Nasution berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sehelai kain yang dipercayai digunakan untuk membungkus bayi itu serta sepasang selipar yang mungkin dimiliki oleh suspek. 


Setelah diselidik, bayi yang dibakar itu adalah bayi perempuan dan dipercayai dilahirkan hasil dari perhubungan luar nikah.


"Belum dapat dipastikan selipar itu milik siapa, tetapi tidak menolak kemungkinan ia dimiliki oleh suspek," kata Abdul Haris. 



Netizen turut meluahkan rasa geram melihat video itu dan ramai yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan menggenakan hukuman mati terhadap pelakunya. 


"Orang yang bakar bayi ini harus dihukum mati. Tergamak sangat, rasa terhiris hati melihat berita macam ni. Anak yang tidak berdosa menjadi korban," kata netizen. - Agensi



source https://www.thereporter.my/2020/11/video-bayi-baru-lahir-dibakar-hidup.html
Previous
Next Post »