Wanita maut selepas telan 6 biji pil gugurkan kandungan yang diberi teman lelakinya yang merupakan suami orang



Seorang wanita muda yang hanya dikenali sebagai 'EC' berusia 22 tahun ditemui tidak bernyawa selepas menelan pil menggugurkan kandungan yang diberi oleh teman lelakinya, AN, 27. 


Polis mengesyaki tiga suspek terlibat dalam kes tersebut yang dipercayai sengaja memaksa mangsa menggugurkan kandungannya. 


Ketua Polis Daerah Kepahiang (Indonesia), Suparman berkata, siasatan awal mendapati, AN merupakan pegawai kerajaan, manakala dua lagi suspek berusia 27 dan 36 tahun merupakan mahasiswa dan kakitangan hospital. 


"Suspek utama adalah AN yang merupakan teman lelaki mangsa. Mereka telah menjalinkan hubungan seperti suami isteri sehingga menyebabkan mangsa hamil. 


"Suspek cuba memujuk mangsa menggugurkan kandungannya. Suspek kemudian menghubungi dua rakannya, RO dan DE untuk membantunya mendapatkan ubat menggugurkan kandungan. 


Setelah mendapatkan ubat tersebut, dua suspek terbabit menyerahkan ubat itu kepada AN lalu diberi kepada mangsa. 


Selepas menelan ubat tersebut, mangsa mengalami muntah-muntah dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Kepahiang. Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. 


Laporan bedah siasat mendapati, mangsa menelan enam biji pil menggugurkan kandungan. 


"Dua pil diletakkan di bawah lidah, dua pil lagi dimasukkan ke dalam alat sulit mangsa, dua pil lagi diminum oleh mangsa," katanya. 


Kesemua suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda maksimum Rp.1.000.000.000 atau RM294,619. 


Polis turut merampas beberapa barangan bukti iaitu semua telefon bimbit suspek termasuk milik mangsa. 


Ketika ditemui media, suspek utama, AN, yang memakai pakaian tahanan berwarna jingga menafikan dakwaan kononnya dia memaksa mangsa menggugurkan kandungan yang berusia 11 minggu. Sebaliknya, keputusan menggugurkan kandungan itu adalah persetujuan mereka bersama. 


"Dia (mangsa) tidak dapat menerima dirinya hamil dan dia tahu saya ada isteri dan anak," kata AN. 


AN mengakui, dia kini kesal dengan apa yang berlaku. Malah dia enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang keluarganya berhubung kes itu. 


Sementara itu, salah seorang suspek (kakitangan hospital), mengaku kerap menjual ubat menggugurkan kandungan itu. Suspek yang memakai jilbab mengaku dia memalsukan perskripsi doktor sekiranya ada rakannya yang meminta bantuan untuk mendapatkan ubat tersebut. 


Sumber: Tribun News



source https://www.thereporter.my/2022/04/wanita-maut-selepas-telan-6-biji-pil.html
Previous
Next Post »