'Subhanallah, dah booking untuk iftar tapi menipu tak datang' - Peniaga terkilan dianiaya pelanggan bernama Ayu



"Call sampai ke sudah tak angkat. Bulan-bulan mulia pun sanggup menipu," demikian luahan seorang peniaga yang mendakwa telah dianiaya pelanggan bernama Ayu. 


Menurut pemilik Restoran Maggie Ketam Power, Nor Fazilah, berkata, pelanggan berkenaan telah membuat tempahan untuk berbuka puasa di premisnya semalam.


Pelanggan itu meminta pihak restoran menyediakan 13 hidangan termasuk dua nasi putih dan enam air minuman pelbagai jenis yang perlu disediakan menjelang waktu berbuka puasa. 


Pihak restoran kemudian menyediakan semua pesanan tersebut. Malangnya, Ayu dan lapan orang kenalannya langsung tidak datang ke restoran. Nor Fazilah cuba menghubungi wanita terbabit, tetapi panggilan langsung tidak dijawab. 


Perbuatan pelanggan itu membuatkan Nor Fazilah berasa terkilan dan sedih kerana bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian, tetapi tidak menyangka di bulan yang baik ini masih ada manusia yang sanggup menipu dan menganiaya orang lain tanpa memikirkan kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab itu. 


"Subhanallah, dah booking untuk iftar.. Di bulan puasa pun nak menipu dan tak datang. Kitorang di restoran ini sudahlah struggle, tak ada customer. 


"Kalau tak nak datang, boleh je cancel booking sebelum kitorang masak," katanya. 


@eila_theseafood Call sampai ke sudah tak angkat.bulan2 mulia pun sanggup menipu.#maggiketampower #fyp #fypdongggggggg #kedaiviral ♬ original sound - Nor Fazilah


Di ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga berkenaan. Ada netizen yang turut menawarkan diri untuk membayar hidangan itu. 


"Berapa semua tu kak? Saya tolong bayarkan. Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki selalu,": kata Mat Salleh Cuckoo. 


Netizen turut menasihatkan pemilik restoran meminta pelanggan membayar bayaran deposit terlebih dahulu bagi mengelakkan kes seperti itu berulang di kemudian hari. 


"Selepas ini kalau orang nak booking, minta deposit dulu kak, baru buat booking. Selamat sikit kak untuk kedai," kata Peneman. 


"Semoga orang yang order ini mendapat balasan dari Allah. Sabar ya dik, semoga dimurahkan rezeki melimpah dan semoga bisnes berjalan lancar. Aamin. Be strong," kata Farah Fadzil. 


Sumber: TikTok Nor Fazilah



source https://www.thereporter.my/2022/04/subhanallah-dah-booking-untuk-iftar.html
Previous
Next Post »