'Kau nak cakap aku tiber memasak sebab nak tiru Khairul Aming?' - Bangman

Bangman


Content creator, Bangman atau nama sebenar Muhammad Aiman Salim, meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir netizen bermulut puaka yang baru-baru ini menuduh dia ketandusan idea sehingga memuat naik video memasak seakan-akan meniru content Khairul Aming.


"Lol bangman. Masak tah pape," ciap Sober bukan nama sebenar. 


"Akhirnya ada orang yang sependapat. Takut nak cakap, nanti kena serang pula dengan fans dia," balas netizen lain. 






Koyak dengan kenyataan individu yang tidak bertanggungjawab itu, Bangman tampil mempertahankan diri dan sekali gus menafikan semua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya. 


"No offense to Khairul Aming. I have so much respect to him. Mereka (netizen berkenaan) nak cakap saya tiru dia sebab saya buat content masak? Ada juga yang cakap, 'Eh tiber je dia tu buat content masak'. 




"Sejak dari umur 14 tahun saya dah belajar masak sikit-sikit. Minat memasak tu sampai saya mohon pengajian kulinari tetapi tak dapat sebab tak ada rezeki. Mereka nak cakap saya tiber memasak sebab nak tiru orang? 


"Mereka nak cakap saya masak entah apa-apa? Ya betul, saya tak nafikan. Saya ni bukannya kerja atas cruise nak masak sedap. Content saya itu, saya masak simple-simple supaya ramai orang boleh ikut," jelasnya. 



Menurut Bangman lagi, dia menerbitkan video memasak kerana minat dan juga melihat kandungan seperti itu mampu meraih pendapatan sampingan dan tiada salahnya dia berbuat demikian kerana itu adalah satu peluang mencari rezeki yang halal. 


Sejak menjadi content creator dari 2014 hingga sekarang, Bangman berani mengatakan dia tidak pernah menularkan content yang kurang cerdik semata-mata untuk menaikkan jumlah pengikutnya. 


"Saya berani kata yang saya ini antara content creator yang tak banyak buat masalah, tak ada nak viral benda-benda bodoh. Saya naikkan followers saya secara organic, bila followers dah ramai, saya ambil peluang untuk menjana pendapatan. Simple as that," ujarnya. 




Kebiasaannya, Bangman tidak begitu mengendahkan komen-komen berunsur negatif seperti itu. Tetapi kali ini, tuduhan meniru content individu lain membuatkan dia rasa terkilan dan perlu tampil memberi mempertahankan diri. 


Sementara itu, pengguna Twitter, Luke Man berpendapat, tidak wajar menuduh orang lain meniru video memasak individu yang sudah popular kerana sesiapa sahaja boleh memasak dan berkongsi kemahirannya kepada umum. 


"Video memasak ni dari dulu kot orang buat. Kalau diorang nak kecam orang lain tiru video masak, kenapa tak kecam selebriti chef lain yang 'tiru' rancangan memasak orang lain? Sesungguhnya bodoh itu pilihan. Tapi kalau dah bangang abadi tu, dapatkanlah rawatan," tulisnya. 


Bagi Atirah pula, dia mengakui dirinya meminati video masakan Khairul Aming. Tetapi cara sesetengah orang mengagungkannya membuatkan orang lain tidak boleh memuat naik video yang sama. 


"I love Khairul Aming video. Tapi cara orang agungkan content dia macam orang lain tak boleh nak buat content masak sikit pun. Mesti cakap tiru Khairul Aming. Jadi, kalau saya buat video memasak, saya tiru Khairul Aming juga ke? Hmm, menangislah tengok pemikiran orang macam tu," tulisnya. 


Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik, bukannya digunakan untuk memuat naik kenyataan yang menyakitkan hati orang lain yang hanya memberi kepuasan seketika tetapi berakhir dengan merangkak di padang bola di penghujung nyawa. Meskipun kelihatan sama, sekurang-kurangnya berilah sokongan atau komen yang wajar serta sedap mata membacanya.


Sumber: Twitter Bangman



source https://www.thereporter.my/2022/04/kau-nak-cakap-aku-tiber-memasak-sebab.html
Previous
Next Post »