'Kita tak habis cerita lagi, tapi cepat je viral' - Ibu Ainul Mardhiah nafi rumah tangganya bergolak, kesal media sebar info tak betul



Tiga tahun lalu, kisah adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut, mendapat perhatian banyak pihak yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu. 


Alhamdulillah dengan berkat dari doa dan pertolongan orang ramai yang memberi sumbangan dan juga pakar perubatan, akhirnya adik Ainul berjaya menjalani pembedahan dengan selamat dan kini mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sebaya dengannya. 


Bagaimanapun dua jam yang lalu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Nurul Erwani Zaidi, memuat naik kenyataan di Instastorynya yang meninggalkan tanda tanya orang ramai. 


"Kalau korang kena sepak terajang dengan suami korang, apa korang akan buat? Tinggalkan atau stay dan redha?


"Lelaki itu diuji bila dia punya segalanya. Harta, pangkat, wang ringgit yang banyak! Bila ada semua itu, terus gelap mata," demikian katanya yang turut disertakan dengan emoji hati terluka. 


"Will always love you Ainul Mardhiah. Mama bukan yang terbaik untuk Ainul. Tetapi mama yakin bila Ainul dah besar nanti, Ainul akan mnejadi seorangg yang sangat lemah lembut, baik pada semua orang dan paling penting Ainul akan disayangi ramai orang. Jaga diri baik-baik Ainul Mardhiah kesayangan mama!" tambahnya lagi. 



Kenyataan itu mengundang banyak persoalan netizen. Meskipun tidak tahu apa kejadian yang berlaku di sebalik kenyataan itu, netizen menasihatkan Nurul Erwani bertabah dan menangani masalah itu dengan cara baik. 




Menyedari kenyataannya itu tular di media sosial, Nurul Erwani baru sebentar tadi memuat naik kenyataan baharu, sekali gus menafikan rumah tangganya sedang bergolak. 


"Kita tanya minta pendapat untuk cerita ni. Tak sabar nak tunggu apa isteri dia buat dekat suami dia. Kita tak habis cerita lagi, tapi cepat je viral. Hmm. Korang tengoklah cerita tu, memang korang akan tertunggu-tunggu apa kisah seterusnya," katanya berhubung drama Nusyuz Berkiblat yang sedang dilayani pada waktu ini. 


Sumber: Instagram Nurul Erwani



source https://www.thereporter.my/2022/04/kita-tak-habis-cerita-lagi-tapi-cepat.html
Previous
Next Post »