Lelaki jual mercun Dato Boom & the geng di Bazaar Ramadan Pontian, ditahan polis



Tindakan berani mati seorang lelaki berusia 23 tahun menjual mercun di tapak Bazaar Ramadan mengundang padah apabila dia ditahan polis, pada Jumaat lalu. 


Menurut sumber, polis terdahulu mendapat maklumat mengenai kegiatan menjual mercun tanpa lesen atau permit yang sah di Tapak Expo Dan Bazaar Raya berhadapan dengan Dewan Jubli Intan, Jalan Ismail, Pontian, Johor. 


Bertindak di atas maklumat itu, sepasukan polis dari Balai Polis Pontian yang diketuai oleh Ketua Balai, Inspektor Ahmad Shah Abdul Rasheed telah membuat serbuan ke lokasi pada jam 10.45 malam. 




Suspek yang merupakan warga tempatan telah ditahan atas kesalahan menjual mercun tanpa lesen atau permit yang sah kepada orang awam. Kesemua barangan tersebut juga telah dirampas. 


Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. 



source https://www.thereporter.my/2022/04/lelaki-jual-mercun-dato-boom-geng-di.html
Previous
Next Post »