Rohana Rozhan setuju kembalikan US$10 juta milik 1MDB



Rohana Rozhan yang pernah menjalinkan hubungan dengan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner, dilaporkan bersetuju memulangkan semula wang US$10 juta yang dimilikinya daripada lelaki itu. 


Sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan semula wang tersebut dari bekas ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd yang merupakan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), disalahgunakan oleh Tim Leissner. 


Leissner yang merupakan saksi pendakwa ketika memberi keterangan di mahkamah di New York berkata, dia telah memberi Rohana US$10 juta untuk wanita berkenaan membeli rumah bernilai US$7 juta di Montpelier Street, London. 


Ketika itu, Rohana dan Leissner menjalinkan hubungan sejak 2003 hingga 2013 yang berkahir selepas Leissner memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama selebriti Kimora Lee. 


Leissner membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan terbabit dalam pelanggaran undang-undang anti-rasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang pada 2018.


Keterangan dari Leissner itu menyebabkan pihak SPRM segera bertindak menyiasat penglibatan Rohana dalam kes itu pada Februari lalu. Rohana bagaimanapun menyatakan kesediaannya memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dan SPRM yang sedang melakukan siasatan berhubung kes tersebut. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. 


Sumber: Utusan Malaysia, Free Malaysia Today



source https://www.thereporter.my/2022/04/rohana-rozhan-setuju-kembalikan-us10.html
Previous
Next Post »