7 banduan lolos dari Penjara Jelebu

Foto ihsan PDRM


Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tujuh banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu, tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di talian 06-6136222 atau 06-6137999. 


Media semalam melaporkan, seramai tujuh banduan yang sedang menjalani tahanan reman di penjara tersebut telah melarikan diri pada jam 3 petang Ahad, 10 April 2022. 


Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan semua banduan terbabit. Malah turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.


Sehingga jam 7 malam semalam, seorang banduan, Sohaimi Khalid, 50, berjaya ditahan semula di kawasan kebun sawit di Kongkoi, dua kilometer dari Penjara Jelebu. 


Enam lagi banduan yang sedang diburu ialah, Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, Shazuan Md Sharif, 32, Mohd Zairizan Zainal, 42, Wan Muhammad Syafiq Rohmat, 32 dan seorang pekerja asing, Zainuddin. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 233 dan 224 Kanun Kesekssan.


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/04/7-banduan-lolos-dari-penjara-jelebu.html
Previous
Next Post »